Penubuhannya lebih 9 tahun dahulu adalah untuk menyatukan seluruh umat melayu di bawah satu bumbung (dari segi ekonomi, sosio budaya, belia,sains dan teknologi, teknologi maklumat, dakwah, wanita, pendidikan agama, dan pelancongan) dan kini ianya sudah mula menampakkan usahanya apabila pelbagai aktiviti serta perjumpaan diadakan sepanjang penubuhannya..
Terbaru pada bulan mei ini akan diadakan perjumpaan di antara seluruh warga anggota bagi membincangkan hala tuju baru masyarakat melayu khususnya di dalam pelbagai bidang.
Dengan adanya perjumpaan seperti ini pelbagai lagi usaha serta kegiatan yang akan dapat dirancang serta dijalankan dengan lebih baik dan sudah tentu akan dapat memberi menafaat kepada warga melayu pada tahun 2010 bagi melebarkan sayap dalam pelbagai bidang.