Tuesday, April 28, 2009

Sabar..

Sabar merupakan satu sifat yang jarang tentangkita ada dalam diri.. kalau satu ketika dulu tentangkita susah nak bersabar serta bertenang apabila berhadapan dengan krisis hidup.. tapi kini Alhamdulillah... tentangkita lebih tenang dan mudah bersabar.. tentangkita bangga dengan pencapaian tentang kita nie.. walaupun mungkin x seberapa bagi sesetengah pihak tapi ia merupakan satu pencapaian terbaik yg pernah tentangkita dapat sepanjang hidup nie... Sememangnya banyak dugaan yang datang tanpa diundang dan diminta... dan kadangkala tentangkita merasakan seolah2 jantung mcm nak putus bile tahan marah dan perasaan.. walaupun tersenyum pahit hanya tuhan sahaja yang tahu...
Tapi apa2 pun sabar telah mengubah tentangkita ke satu fasa yang baru dan membantu tentangkita membuka mata dan hati dan memahami atas alasan apa yang membuatkan tentangkita bersabar.....

Tuesday, April 21, 2009

APA ITU CINTA?


C- cermin peribadi seseorang.. sesungguhnya cinta itu cermin peribadi seseorang..samada dia bertanggungjawab dengan dirinya dan kepada orang yang dicintainya.

I - ingin.. keinginan dicintai dan mencintai.. sesungguhnya tiada cinta seindah cinta Allah dan tentangkita sendiri kerap kali terlupa membalas cinta yang diberi oleh-Nya

N - niat yang kita ada dalam hati.. seringkali kita tersalah niat apa yang kita hendak dari cinta itu sendiri. Bolehkan kita 'demand' dengan cinta?

T- Tamak.. Kita sering tamak apabila bercinta. Tahu tak kita yang kita sememangnya berkongsi cinta sentiasa. Tamakkan cinta tentunya akan membawa luka dan lara dalam jiwa.

A - Allah.. Seagung2 cinta yang ada yang selalu buat aku sedar bahawa aku sering gagal dalam membuktikan cintaku padaNya.. sungguhpun begitu Dia tak pernah lupa mengingatkan aku tentang cintaNya pada ku... Dan kerana cintaNya aku masih berjuang dan bertahan di dunia ini..



Tenangkanlah aku dan jauhkan aku dari malapetaka serta fitnah yang dasyat... Amin ya Rabbal Alamin..

Monday, April 20, 2009

TERLUKA DAN MELUKAI

sepanjang hidup kita kita sendiri mungkin tak tahu berapa kali kita melukakan hati orang tua kita... kadangkala ianya berlaku di dlm kawalan dan banyak kali ianya berlaku di luar kawalan kita.. ntahlah.. tentangkita sendiri selalu merasakan yang tentangkita sering melakukan serta melukakan hati ibu dan ayah.. tentangkita selalu memikirkan macam mana nak menyenangkan kedua orang tua tentangkita.. tapi malangnya aper yang tentangkita buat untuk mengembirakan hati orang tua malangnya dan selalunya berakhir dengan adegan serta peristiwa yang menyakitkan hati... mungkin mmg tentangkita tak berapa disenangi kot ataupun mungkin tentangkita sememangnya "kambing hitam" dlm keluarga...

sedih.. dan tak tahu mcmana nak menggambarkan perasaan hati.. cuma apa yng tentangkita takutkan, tentangkita akan dianggap sebagai anak yang derhaka ataupun anak yang tak kenang budi orang tua... tentangkita selalu berpesan pada diri supaya lupakan segala sakit dihati... hanya itu jer yang boleh tentangkita buat untuk redakan hati tentangkita... dan tentangkita tahu hidup nie bukan hanya untuk kita jer.. so kita balik pada yang asal.. ingat pada Allah dan aper yang berlaku tu anggapkan sebagai satu perjalanan hidup..

so bila ingat camtu baru ati tentangkita tenang skit.. n tentangkita harap aper yang tentangkita buat sentiasa dilindungi serta dirahmatinya.... Amin

Sunday, April 5, 2009

Form RED to BLUE to RED

Pusing 50 tahun ke belakang
BUKIT GANTANG – Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abd Aziz Nik Mat menyifatkan pendekatan ‘Satu Malaysia’ yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah me:ngakui kesilapan UMNO: 50 tahun lepas. :Dengan pendekatan baru ini, katanya, jelas menunjukkan UMNO/Barisan Nasional (BN) akhirnya membuat pusingan ‘U’ 50 tahun ke belakang dan mengikut kehendak sebenar rakyat sekarang. :“Dengan ‘Satu Malaysia’ kali ini, jelas dahulu tidak ada satu Malaysia tetapi ada 3-4 Malaysia, ini adalah kerja UMNO dan kita tidak harus memaafkan mereka, tiada maaf bagimu wahai UMNO. :“Ini juga bukti UMNO-BN mengakui mereka dalam keadaan salah selama 50 tahun lepas,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana anjuran Pas di Kampung Tebuk, Trong malam kelmarin. :Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menegaskan pendirian Pas dalam memilih Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menjadi Kerajaan Pusat. :“Tidak kira Melayu, Cina atau India menjadi Perdana Menteri, apa yang paling penting adalah pemimpin tersebut kena berpaksikan Islam. :“Ini kerana jika Cina menjadi Perdana Menteri, Melayu marah, jika India menjadi Perdana Menteri, semua marah, oleh itu kita kena meng:iktiraf Islam sebagai tiang asas negara kerana Islam diturunkan oleh Allah SWT,” katanya. :Pada sidang media yang diadakan selepas itu, Nik Aziz menjelaskan beliau rasa bersyukur kepada Perdana Menteri yang baru kerana dibuka hatinya untuk membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). :“Pembebasan ini sudah lama didesak oleh PR tetapi kerajaan yang dikuasai UMNO-BN mengendahkan desakan kita selama ini. :“Selain itu setiap kali munculnya Perdana Menteri yang baru sudah tentu ada perkara baru yang menarik, contohnya Tun Mahathir (Mohamad) membawa pendekatan wawasan 2020, Tun Abdullah (Ahmad Badawi) pula membawa Islam Hadari,” katanya. :Selain itu, meng:ulas penarikan semula sekatan ke atas Harakah dan Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejurus selepas Perdana Menteri baru dilantik, Nik Aziz menegaskan itu hanya bermotifkan politik semata-mata. :“Nampak sangat ini adalah keputusan terburu-buru oleh UMNO-BN dan sekarang mereka mengakui kesilapan mereka dan menarik balik sekatan tersebut. Akhirnya mereka menerima kehendak rakyat dan dengan berlangsungnya pilihan raya k:ecil di tiga kawasan, mereka (UMNO) terpaksa akur,” katanya.


Nie aper yang tentangkita punya pendapat plak...

Pendekatan yang dibawa ialah untuk menyatukan semua rakyat Malaysia dalam satu panji Malaysia... bukannya mengakui kesilapan yang berlaku selepas 50 tahun.. sekarang aper yang kita sering lihat bangsa kita terutamanya bangsa melayu sering berpecah serta bergaduh sesama sendiri.. aper yang tentang kita paham ngan mandat yang dibawa oleh perdana menteri yang baru ialah menjadikan bangsa malaysia menjadi bangsa yang kuat yang tidak hanya bertopengkan politik tetapi juga misi nasional yang pelu menjadi keutamaan dalam memangkin ekonomi serta sahsiah dan juga bangsa kita terutamanya melayu..

Melayu ari ni aper yang diperhatikan oleh tentangkita hari nie sanggup menentang serta derhaka kepada bangsa sendiri semata2 untuk kepentingan diri sendiri... Ape yang orang2 kita nie nak.. tentangkita pun tak tahu... huhu.. semua yang dibuat semuanya tak elok.. dipandang serong dan tak pernah disenangi oleh bangsa kita sendiri.... mcm dalam cite "embun" , umi aida kata.. hasad dengki, busuk hati memang permainan orang2 kita... bila baca statement dari surat kabar ari nie tentangkita rasa terguris.... "tokguru" yang tentangkita segani mengeluarkan statement ntah aper2... selama nie tentangkita ingatkan dia bercakap menggunakan ilmu... tapi rupenya tak.. huh!!!!.. ilang respek tentangkita kat dier nie... mungkin betul aper yang dikatakan dalam satu lagu nasyid yang pernah tentangkita dengar... Ulama Akhir Zaman lebih memandang dunia.. tabiatnya busuk bak bau bangkai... siapa terciumkan mati jiwanya.....