Wednesday, September 9, 2009

Banjir 2 Kampung

Hujan turun lebat malam ahad lepas.. ramai rakyat melaka bersyukur dengan rahmat yang diturunkan dari langit.. Namun apa yang terjadi kepada 2 kampung yang letakkan kurang 2 kilometer dari bandar melaka bandaraya warisan dunia. Hairan bin Ajaib, hanya kampung Pengkalan Rama Tengah dan Kampung Durian Daun Dalam tenggelam dalam banjir kilat. Ianya berlaku dengan cukup pantas.. hanya dalam masa 1 jam kedua2 kampung nie dah digenangi air... kenapa ianya terjadi?
Selepas diselidik dan ditengok akhirnya tentangkita berjaya mendapatkan beberapa kesimpulan ringkas.
1) Air tidak dapat mengalir ke sungai hanya kerana kontraktor pembinaan parit baru membuang semua sisa pembinaan ke dalam parit lama.. wajarkah ianya dibuat...? di mana mereka yang memantau hal2 ini? Pagi tersebut DO datang melihat tapak tersebut. Beliau sendiri agak terkejut bila melihat sisa2 pembinaan di dalam parit..
2) Pembinaan parit baru yang teramat lewat.. dalam masa 3 bulan kampung yang sama telah ditenggelamkan sebanyak 3 kali.. hmmm... kerosakan tak perlu dihitung... sedihnya pengambilan tanah untuk pembinaan parit bari juga belum dibuat.. macam mana nak bina parit kalau tanahnya tiada?
Harapan agar semua pihak yang terlibat menjalankan amanah yang diberikan sebaik2nya.. jgn nnt bila sampai PRU 13 baru nak bertindak.. kalau melaka tercinta jatuh ketangan pembangkang akan jadi keadaan sama dimana melaka dijajah pada 1511 dahulu.. itukah yang kita inginkan?