Wednesday, August 18, 2010

Lama Tak Menulis...

Salam Semua,

Lama betul tentangkita tak menulis.. huhu sibuk dengan tugas yang membawa diri nun jauh dirantau orang. Alhamdulillah, sepanjang setahun pelbagai rakan baru ditemui, dan pelbagai pengalaman dapat di layari di tanah tumpah sendiri mahupun di negeri orang. Jauh perjalanan luas pengalaman. Satu demi satu pengalaman aku alami dan ianya semakin mendewasakan diri. Kita seharusnya sentiasa bersyukur kerana dapat lahir di dalam sebuah negara yang aman tenteram.. dan stabil serta memiliki keunikan kebudayaannya yang tersendiri. Kalau di negara lain mereka masih lagi terimpit dengan masalah ekonomi, dinegara kita rata-rata penduduk hidup mewah hasil dari kemakmuran negara tercinta ini.

Akan tetapi amat malang bagi negara kita apabila terdapatnya sebilangan kecil dari mereka yang tidak tahu menghargai dan bersyukur dengan nikmat yang kita ada pada hari ini. Sentiasa mencari jalan untuk merobohkan keharmonian kaum yang terjalin sekian lama. Apa yang telah dipraktikkan oleh para pemerintah terdahulu merupakan salah satu usaha tolak ansur yang wajar kita warisi dalam setiap hati kita. Melayu telah bertolak ansur dengan kaum-kaum lain untuk berkongsi negara ini. Manakala kaum-kaum lain pula menghormati keistimewaan Melayu di Malaysia dimana ianya tidak boleh dipertikai mahupun dicabar oleh mana-mana kaum. Itu merupakan sebuah usaha serta tolak ansur yang sangat luar biasa. Selama ini kita menjadi role model kepada negara - negara lain. Tapi kini terdapat sebilangan mereka yang tak kira dari bangsa Melayu, Cina mahu lain-lain bangsa yang begitu bersungguh-sungguh cuba menggugat keamanan dan kestabilan politik yang kita ada sekarang.

Kenapa? Ianya hanyalah kerana kepentingan sendiri melebihi kepentingan negara. Apakah yang perlu kita lakukan kepada mereka ini?