Menjadi satu kebanggaan anak2 melayu kini bergaduh sesama sendiri.. nie lah nilai2 sebenar bangsa melayu kini. Kalau ini sentiasa dibiarkan, apa akan jadi kepada perwaris bangsa Melayu ni satu masa nanti.. Apa yang boleh tentangkita lihat, jiwa pemberontak yang ada di dalam setiap hati anak muda melayu tak mengira lelaki dan perempuan tidak diuruskan dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai lagi masalah sosial yang mungkin kita sekarang menganggapnya remeh tapi tanpa disedari masalah sosial itu sebenarnya semakin menghimpit bangsa melayu yang semakin tertinggal dari segi ekonomi dan budaya..
Di mana budaya melayu yang bergitu mengagung-agungkan budi bahasa. Apakah ibu bapa kini dah pandai nak mengajar anak melayu mereka berbudi bahasa dan menghormati sesama melayu. Tahukah ibu bapa yang jika peranan utama ini semakin dilupakan kelak bangsa melayu akan diketegorikan sebagai bangsa yang kasar dan keras yang hanya layak duduk di rumah-rumah apartment murah dan di tanah-tanah haram kerajaan? sedangkan bangsa yang dahulunya merempat di bumi bertuah Malaysia kini berjaya meninggikan pendapatan serta mampu untuk hidup mewah sedangkan mereka hanya datang berdagang dan mencuba nasib di Malaysia?
Budak2 sekolah kita (Melayu!!) kini dah mula terjebak dengan dadah, gam, bong, etc.. dan pelbagai lagi masalah atau gejala yang pastinya merosakkan mereka. Kini di tambah lagi dengan video lucah yang semakin berleluasa yang menyebabkan kita sebagai bangsa melayu menjadi semakin malu untuk berhadapan dengan bangsa lain di Malaysia. Kita jarang2 dapat melihat anak2 bangsa lain terjebak dengan masalah video lucah ini. Anak perempuan melayu khususnya sudah tidak ada perasaan malu dalam diri mereka dan ape yang mereka tahu hanyalah berhibur dan memuaskan nafsu mereka semata2.. Setiap manusia melakukan kesilapan disepanjang hidup mereka akan tetapi kesalahan yang seperti ini pastinya akan menghantui sepanjang hidup anak-anak melayu kita walaupun mereka telah berumahtangga kelak.
Di mana sinar Islam yang selama ini cuba dipupuk oleh pihak kerajaan dan sekolah dalam setiap program motivasi, ceramah serta program2 sekolah yang dibuat khasnya untuk membendung masalah sosial anak-anak melayu kini. Adakah guru-guru disekolah telah ditewaskan oleh kenakalan anak2 melayu.. atau adakan guru-guru kita kini tak sehebat guru-guru kita semasa zaman kita besekolah dahulu..
Apa yang tentangkita dapat simpulkan, kini kita dah tak boleh melentur buluh dari rebungnya sebab kita sebenarnya hampir terlewat untuk memperbetulkan sikap anak2 melayu kita dan kita perlu melakukan pelbagai langkah khususnya untuk anak2 melayu kita agar kita dapat membantu mereka dan memperbetulkan jalan serong yang mereka telah pilih akibat dari kesilapan kita yang membiarkan mereka membuat kesilapan dalam hidup mereka.
Meh Usha Budak Sekolah! kita!!
http://www.metacafe.com/watch/1197724/school_girl_fight_over_a_boy_2/
Kenaikan Barang Pemangkin Kesejahteraan Rakyat
11 years ago