Lama Menghilangkan Diri:
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada seluruh pembaca:
Ringkasan yang ingin dinukilkan tentang Syukur..
Betapa indahnya sekiranya setiap hati manusia mempunyai rasa syukur dan pastinya segala yang kita perolehi samada sedikit atau banyak akan disertai dengan rasa terima kasih kepada Allah dan juga kepada si penyampai rezeki tersebut. Alhamdulillah.. kalimat yang sering kita ucapkan tetapi seperti orang lain juga tentangkita acapkali terlupa untuk menghargai kalimat yang diucapkan apatah lagi rezeki yang datang...
Sayang jika kita hingga kini masih tidak tahu bersyukur dan sering mengabaikan apa yang ada di depan mata kita semata-mata kerana kepuasan hati sendiri. Moga Allah menjauhkan tentangkita dan seluruh saudara tentangkita dari sifat kufur dan sentiasa ingat bahawa syukur adalah kunci bahagia dalam dunia Allah yang sementara ini..
Wassalam...
Nukilan Ringkas Tentangkita....
Sunday, March 17, 2013
Syukur...
Posted by tEnTanGkIta at 10:30 PM 0 comments
Thursday, March 14, 2013
SUARA ANAK MUDA: Manisfesto Yang Boleh Melingkupkan Negara.
Posted by tEnTanGkIta at 7:16 PM 0 comments
Operasi Menjejak Pengganas Terus Diperhebat, Tiada Pertempuran di Hari Ke-10 Ops Daulat
Operasi menggempur habis-habisan itu juga menyaksikan ketibaan dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109, di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16 hari ini.
-BERNAMA
Posted by tEnTanGkIta at 7:07 PM 0 comments
Wednesday, September 28, 2011
Menarik untuk diketengahkan
Assalamualaikum semua,
Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...
MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.
Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.
Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.
Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.
Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.
Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.
Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.
Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.
Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.
Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.
Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.
Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.
Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.
Posted by tEnTanGkIta at 1:31 AM 0 comments
Wednesday, August 18, 2010
Lama Tak Menulis...
Salam Semua,
Lama betul tentangkita tak menulis.. huhu sibuk dengan tugas yang membawa diri nun jauh dirantau orang. Alhamdulillah, sepanjang setahun pelbagai rakan baru ditemui, dan pelbagai pengalaman dapat di layari di tanah tumpah sendiri mahupun di negeri orang. Jauh perjalanan luas pengalaman. Satu demi satu pengalaman aku alami dan ianya semakin mendewasakan diri. Kita seharusnya sentiasa bersyukur kerana dapat lahir di dalam sebuah negara yang aman tenteram.. dan stabil serta memiliki keunikan kebudayaannya yang tersendiri. Kalau di negara lain mereka masih lagi terimpit dengan masalah ekonomi, dinegara kita rata-rata penduduk hidup mewah hasil dari kemakmuran negara tercinta ini.
Akan tetapi amat malang bagi negara kita apabila terdapatnya sebilangan kecil dari mereka yang tidak tahu menghargai dan bersyukur dengan nikmat yang kita ada pada hari ini. Sentiasa mencari jalan untuk merobohkan keharmonian kaum yang terjalin sekian lama. Apa yang telah dipraktikkan oleh para pemerintah terdahulu merupakan salah satu usaha tolak ansur yang wajar kita warisi dalam setiap hati kita. Melayu telah bertolak ansur dengan kaum-kaum lain untuk berkongsi negara ini. Manakala kaum-kaum lain pula menghormati keistimewaan Melayu di Malaysia dimana ianya tidak boleh dipertikai mahupun dicabar oleh mana-mana kaum. Itu merupakan sebuah usaha serta tolak ansur yang sangat luar biasa. Selama ini kita menjadi role model kepada negara - negara lain. Tapi kini terdapat sebilangan mereka yang tak kira dari bangsa Melayu, Cina mahu lain-lain bangsa yang begitu bersungguh-sungguh cuba menggugat keamanan dan kestabilan politik yang kita ada sekarang.
Kenapa? Ianya hanyalah kerana kepentingan sendiri melebihi kepentingan negara. Apakah yang perlu kita lakukan kepada mereka ini?
Posted by tEnTanGkIta at 9:08 PM 0 comments
Tuesday, December 22, 2009
Aquino terus jadi pilihan rakyat Filipina
Kajian membabitkan 1,800 respondan di seluruh negara dan dibuat dari 8 Disember hingga 10 Disember, beberapa hari sebelum suruhanjaya pilihan raya mengumumkan keempat-empat mereka adalah antara lapan calon yang layak untuk bertanding jawatan presiden. Empat calon lain disifatkan sebagai calon kecil dan tidak cukup jentera untuk berkempen di seluruh negara secara serius. Kajian oleh Pulse Asia itu juga hampir sama dengan satu kajian yang pernah dilakukan awal bulan ini dan menunjukkan sokongan bagi Aquino tetap tidak berubah.
Posted by tEnTanGkIta at 1:08 AM 0 comments