MANILA: Kajian pendapat terbaru menunjukkan anak lelaki ikon demokrasi Filipina, Corazon Aquino terus kekal mendahului pesaingnya yang lain menjelang pilihan raya presiden tahun depan. Senator Benigno Aquino memperoleh sebanyak 45 peratus sokongan, mendahului Senator Manny Villar dan juga jutawan hartanah yang memperoleh 23 peratus, kata kajian oleh Pulse Asia. Tempat ketiga ialah bekas presiden, Joseph Estrada yang memperoleh 19 peratus, manakala bekas setiausaha pertahanan, Gilberto Toedoro, calon yang dipilih oleh pemerintah, Presiden Gloria Arroyo hanya memperoleh lima peratus sokongan.
Kajian membabitkan 1,800 respondan di seluruh negara dan dibuat dari 8 Disember hingga 10 Disember, beberapa hari sebelum suruhanjaya pilihan raya mengumumkan keempat-empat mereka adalah antara lapan calon yang layak untuk bertanding jawatan presiden. Empat calon lain disifatkan sebagai calon kecil dan tidak cukup jentera untuk berkempen di seluruh negara secara serius. Kajian oleh Pulse Asia itu juga hampir sama dengan satu kajian yang pernah dilakukan awal bulan ini dan menunjukkan sokongan bagi Aquino tetap tidak berubah.

Walaupun sebelum ini tidak kelihatan pencapaian penting sepanjang pembabitan beliau sebagai senator selama 11 tahun, Aquino terus mendapat kepercayaan sejak kematian ibunya pada Ogos lalu. Beliau mengambil peluang daripada sokongan emosi untuk ibunya untuk melonjakkan dirinya ke peringkat kebangsaan. Ketika mengumumkan pencalonan beliau September lalu, Aquino berikrar untuk menamatkan rasuah dalam kerajaan
0 Comments:
Post a Comment