Saturday, February 28, 2009

Surau oh Surau

Kita orang melaka selalunya gah dengan adanya pasaraya besar di melaka seperti tecso, giant, serta tidak ketinggalan.... dataran pahlawan.. yang menghairankan... pasaraya dataran pahlawan ini hanya memperuntukkan surau yang kecik serta jauh di dalam bangunan dataran pahlawan ini..

Harapan pendedahan ini bleh kita war2kan kepada pihak yang berwajib....




Lihatlah jauhnya surau kita di dataran pahlawan...


Ruang luar dah camni.. ruang dalam.. korang bayang2kan je ar....
sekiranya berminat utuk melawat.. sila datang ke surau lelaki yang terletak di nun jauh di belakang kedai2 yang terbiar di kawasan kraf tangan.....
Pihak2 yang berpeluang.. minta kerrjasama agar kemudahan ini dpt disediakan dengan sebaik mungkin bukan seperti melepaskan batuk di tangga.... khof...khof...
wasalam
blog.ttgkita

Wednesday, February 18, 2009

Chantek

Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa


Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara
Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya


Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwaOh chantek
Sungguh aku cinta kamu


Dia..
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia..
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia..
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia..
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia..
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia..
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah

Ayuh kita berumah tangga
Chantek…
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar

Chantek…
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka
Di jiwa…Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu


Aku..
Melihat kita bersama di hari tua
Dia..
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju


Chantek…
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek…
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka
Di jiwa…Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu








aMiR & aNNe






Salam,

Pembuka tirai memulakan penulisan maya mengenai aku dan dia.. kisah kami sememangnya luar biasa, dari perkenalan hingga berumah tangga.. mungkin tak ramai yang dapat merasai pengalaman yang aku ada sepanjang bersama dengan isteriku yang tercinta, Jorenna Binti Abd Rahman...

Menyingkap bibit pertemuan kala aku hari pertama aku memulakan langkah di tempat kerja baruku di Melaka.. Selepas mengharungi arus kota Kuala Lumpur yang penuh dengan tipu serta perangkap aku kembali ke Melaka dengan 1001 harapan.. agar aku menjadi insan yang tahu menghormati serta memahami apa itu norma kekeluargaan, persahabatan serta cinta yang abadi... dari diriku mahupun dari orang disekelilingku...

Pertama kali terpandang, telah terdetik hatiku untuk lebih mengenalinya.. dan mendekatinya.. benar kata orang, jika itu jodoh kita, kita akan merasa dekat dan mesra dengannya..


Hanya sebagai "teman tapi mesra" telah membibitkan perasaan di antara kami.. walaupun masih baru serta muda dari umur perkenalan akan tetapi keserasian yang tak dapat digambarkan mula terasa... persahabatan kepada kawan rapat dan tanpa meluahkan kata -kata "declaration" couple seperti pasangan bercinta lain kami terus rapat hingga ke peringkat seterusnya perhubungan kami...

Aneh tetapi benar.. itu yang dapat digambarkan dengan perhubungan kami... pergaduhan serta salah faham sentiasa terjadi... tetapi yang anehnya kami menjadi semakin rapat dan mula menerima di antara satu sama lain... hingga membawa ke alam perkahwinan..
Sederhana.. itu yang boleh aku gambarkan di majlis kami... namun begitu aku bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada semua yang terlibat dengan majlis kami...

Dia yang ku impikan menjadi milik ku... dan aku bersyukur kerana aku ada dia..