Pembuka tirai memulakan penulisan maya mengenai aku dan dia.. kisah kami sememangnya luar biasa, dari perkenalan hingga berumah tangga.. mungkin tak ramai yang dapat merasai pengalaman yang aku ada sepanjang bersama dengan isteriku yang tercinta, Jorenna Binti Abd Rahman...
Menyingkap bibit pertemuan kala aku hari pertama aku memulakan langkah di tempat kerja baruku di Melaka.. Selepas mengharungi arus kota Kuala Lumpur yang penuh dengan tipu serta perangkap aku kembali ke Melaka dengan 1001 harapan.. agar aku menjadi insan yang tahu menghormati serta memahami apa itu norma kekeluargaan, persahabatan serta cinta yang abadi... dari diriku mahupun dari orang disekelilingku...
Pertama kali terpandang, telah terdetik hatiku untuk lebih mengenalinya.. dan mendekatinya.. benar kata orang, jika itu jodoh kita, kita akan merasa dekat dan mesra dengannya..
Hanya sebagai "teman tapi mesra" telah membibitkan perasaan di antara kami.. walaupun masih baru serta muda dari umur perkenalan akan tetapi keserasian yang tak dapat digambarkan mula terasa... persahabatan kepada kawan rapat dan tanpa meluahkan kata -kata "declaration" couple seperti pasangan bercinta lain kami terus rapat hingga ke peringkat seterusnya perhubungan kami...
Aneh tetapi benar.. itu yang dapat digambarkan dengan perhubungan kami... pergaduhan serta salah faham sentiasa terjadi... tetapi yang anehnya kami menjadi semakin rapat dan mula menerima di antara satu sama lain... hingga membawa ke alam perkahwinan..
Sederhana.. itu yang boleh aku gambarkan di majlis kami... namun begitu aku bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada semua yang terlibat dengan majlis kami...
Dia yang ku impikan menjadi milik ku... dan aku bersyukur kerana aku ada dia..
0 Comments:
Post a Comment