C- cermin peribadi seseorang.. sesungguhnya cinta itu cermin peribadi seseorang..samada dia bertanggungjawab dengan dirinya dan kepada orang yang dicintainya.
I - ingin.. keinginan dicintai dan mencintai.. sesungguhnya tiada cinta seindah cinta Allah dan tentangkita sendiri kerap kali terlupa membalas cinta yang diberi oleh-Nya
N - niat yang kita ada dalam hati.. seringkali kita tersalah niat apa yang kita hendak dari cinta itu sendiri. Bolehkan kita 'demand' dengan cinta?
T- Tamak.. Kita sering tamak apabila bercinta. Tahu tak kita yang kita sememangnya berkongsi cinta sentiasa. Tamakkan cinta tentunya akan membawa luka dan lara dalam jiwa.
A - Allah.. Seagung2 cinta yang ada yang selalu buat aku sedar bahawa aku sering gagal dalam membuktikan cintaku padaNya.. sungguhpun begitu Dia tak pernah lupa mengingatkan aku tentang cintaNya pada ku... Dan kerana cintaNya aku masih berjuang dan bertahan di dunia ini..
Tenangkanlah aku dan jauhkan aku dari malapetaka serta fitnah yang dasyat... Amin ya Rabbal Alamin..
0 Comments:
Post a Comment