Tuesday, December 22, 2009

Aquino terus jadi pilihan rakyat Filipina

MANILA: Kajian pendapat terbaru menunjukkan anak lelaki ikon demokrasi Filipina, Corazon Aquino terus kekal mendahului pesaingnya yang lain menjelang pilihan raya presiden tahun depan. Senator Benigno Aquino memperoleh sebanyak 45 peratus sokongan, mendahului Senator Manny Villar dan juga jutawan hartanah yang memperoleh 23 peratus, kata kajian oleh Pulse Asia. Tempat ketiga ialah bekas presiden, Joseph Estrada yang memperoleh 19 peratus, manakala bekas setiausaha pertahanan, Gilberto Toedoro, calon yang dipilih oleh pemerintah, Presiden Gloria Arroyo hanya memperoleh lima peratus sokongan.

Kajian membabitkan 1,800 respondan di seluruh negara dan dibuat dari 8 Disember hingga 10 Disember, beberapa hari sebelum suruhanjaya pilihan raya mengumumkan keempat-empat mereka adalah antara lapan calon yang layak untuk bertanding jawatan presiden. Empat calon lain disifatkan sebagai calon kecil dan tidak cukup jentera untuk berkempen di seluruh negara secara serius. Kajian oleh Pulse Asia itu juga hampir sama dengan satu kajian yang pernah dilakukan awal bulan ini dan menunjukkan sokongan bagi Aquino tetap tidak berubah.


Walaupun sebelum ini tidak kelihatan pencapaian penting sepanjang pembabitan beliau sebagai senator selama 11 tahun, Aquino terus mendapat kepercayaan sejak kematian ibunya pada Ogos lalu. Beliau mengambil peluang daripada sokongan emosi untuk ibunya untuk melonjakkan dirinya ke peringkat kebangsaan. Ketika mengumumkan pencalonan beliau September lalu, Aquino berikrar untuk menamatkan rasuah dalam kerajaan

Monday, October 5, 2009

EPG JEMBATAN DIPLOMASI BUDAYA INDONESIA- MALAYSIA


BERIKUT MERUPAKAN TENTATIF BAGI EPG JEMBATAN DIPLOMASI BUDAYA INDONESIA - MALAYSIA


Wednesday, September 9, 2009

Banjir 2 Kampung

Hujan turun lebat malam ahad lepas.. ramai rakyat melaka bersyukur dengan rahmat yang diturunkan dari langit.. Namun apa yang terjadi kepada 2 kampung yang letakkan kurang 2 kilometer dari bandar melaka bandaraya warisan dunia. Hairan bin Ajaib, hanya kampung Pengkalan Rama Tengah dan Kampung Durian Daun Dalam tenggelam dalam banjir kilat. Ianya berlaku dengan cukup pantas.. hanya dalam masa 1 jam kedua2 kampung nie dah digenangi air... kenapa ianya terjadi?
Selepas diselidik dan ditengok akhirnya tentangkita berjaya mendapatkan beberapa kesimpulan ringkas.
1) Air tidak dapat mengalir ke sungai hanya kerana kontraktor pembinaan parit baru membuang semua sisa pembinaan ke dalam parit lama.. wajarkah ianya dibuat...? di mana mereka yang memantau hal2 ini? Pagi tersebut DO datang melihat tapak tersebut. Beliau sendiri agak terkejut bila melihat sisa2 pembinaan di dalam parit..
2) Pembinaan parit baru yang teramat lewat.. dalam masa 3 bulan kampung yang sama telah ditenggelamkan sebanyak 3 kali.. hmmm... kerosakan tak perlu dihitung... sedihnya pengambilan tanah untuk pembinaan parit bari juga belum dibuat.. macam mana nak bina parit kalau tanahnya tiada?
Harapan agar semua pihak yang terlibat menjalankan amanah yang diberikan sebaik2nya.. jgn nnt bila sampai PRU 13 baru nak bertindak.. kalau melaka tercinta jatuh ketangan pembangkang akan jadi keadaan sama dimana melaka dijajah pada 1511 dahulu.. itukah yang kita inginkan?

Sunday, July 12, 2009

Meh Usha Budak Sekolah Kita!

Menjadi satu kebanggaan anak2 melayu kini bergaduh sesama sendiri.. nie lah nilai2 sebenar bangsa melayu kini. Kalau ini sentiasa dibiarkan, apa akan jadi kepada perwaris bangsa Melayu ni satu masa nanti.. Apa yang boleh tentangkita lihat, jiwa pemberontak yang ada di dalam setiap hati anak muda melayu tak mengira lelaki dan perempuan tidak diuruskan dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai lagi masalah sosial yang mungkin kita sekarang menganggapnya remeh tapi tanpa disedari masalah sosial itu sebenarnya semakin menghimpit bangsa melayu yang semakin tertinggal dari segi ekonomi dan budaya..

Di mana budaya melayu yang bergitu mengagung-agungkan budi bahasa. Apakah ibu bapa kini dah pandai nak mengajar anak melayu mereka berbudi bahasa dan menghormati sesama melayu. Tahukah ibu bapa yang jika peranan utama ini semakin dilupakan kelak bangsa melayu akan diketegorikan sebagai bangsa yang kasar dan keras yang hanya layak duduk di rumah-rumah apartment murah dan di tanah-tanah haram kerajaan? sedangkan bangsa yang dahulunya merempat di bumi bertuah Malaysia kini berjaya meninggikan pendapatan serta mampu untuk hidup mewah sedangkan mereka hanya datang berdagang dan mencuba nasib di Malaysia?

Budak2 sekolah kita (Melayu!!) kini dah mula terjebak dengan dadah, gam, bong, etc.. dan pelbagai lagi masalah atau gejala yang pastinya merosakkan mereka. Kini di tambah lagi dengan video lucah yang semakin berleluasa yang menyebabkan kita sebagai bangsa melayu menjadi semakin malu untuk berhadapan dengan bangsa lain di Malaysia. Kita jarang2 dapat melihat anak2 bangsa lain terjebak dengan masalah video lucah ini. Anak perempuan melayu khususnya sudah tidak ada perasaan malu dalam diri mereka dan ape yang mereka tahu hanyalah berhibur dan memuaskan nafsu mereka semata2.. Setiap manusia melakukan kesilapan disepanjang hidup mereka akan tetapi kesalahan yang seperti ini pastinya akan menghantui sepanjang hidup anak-anak melayu kita walaupun mereka telah berumahtangga kelak.

Di mana sinar Islam yang selama ini cuba dipupuk oleh pihak kerajaan dan sekolah dalam setiap program motivasi, ceramah serta program2 sekolah yang dibuat khasnya untuk membendung masalah sosial anak-anak melayu kini. Adakah guru-guru disekolah telah ditewaskan oleh kenakalan anak2 melayu.. atau adakan guru-guru kita kini tak sehebat guru-guru kita semasa zaman kita besekolah dahulu..

Apa yang tentangkita dapat simpulkan, kini kita dah tak boleh melentur buluh dari rebungnya sebab kita sebenarnya hampir terlewat untuk memperbetulkan sikap anak2 melayu kita dan kita perlu melakukan pelbagai langkah khususnya untuk anak2 melayu kita agar kita dapat membantu mereka dan memperbetulkan jalan serong yang mereka telah pilih akibat dari kesilapan kita yang membiarkan mereka membuat kesilapan dalam hidup mereka.

Meh Usha Budak Sekolah! kita!!

http://www.metacafe.com/watch/1197724/school_girl_fight_over_a_boy_2/

Tuesday, June 23, 2009

MeLAyU bAkaL LayU


Bila terbaca utusan malaysia hari ini, zaini hassan mengungkilkan di dalam dada akhbar mengenai mursyidul am PAS Nik Aziz mengenai hasratnya yang menolak kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh Presiden PAS Dato' Hadi Awang.. pelik terasa dihati bila orang kita sendiri menolak usahasama yang cuba dihidupkan untuk menyatupadukan umat melayu.

Kami di DUNIA MELAYU DUNIA ISLAM seringkali melaungkan penyatuan orang melayu di bwah satu payung ISLAM bila kami berhubung dengan orang-orang di luar Malaysia. Tapi apa yang jadi dan menyedihkan apabila orang melayu Malaysia menolak penyatuan bangsa melayu.

Bangsa lain sedang ketawa melihat bangsa melayu Malaysia yang beragama Islam sentiasa bermusuhan di antara satu sama lain dan sentiasa cantas mencantas kejayaan orang lain.. tak bolehkan kita hidup bersatu dan berusaha memajukan bangsa kita bukan hanya mementingkan ideologi politik atau kepentingan semata2..

Sedar atau tidak bangsa lain sudah mula bersatu dan kemusnahan silaturahim antara melayu telah menyebabkan bangsa lain sudah mula berani hendak memijak kepala para pemimpin melayu di tanah tumpah darah mereka sendiri?

Memang kita mempunyai banyak cendikiawan serta bijak pandai dikalangan melayu, tetapi apa guna semua itu kalau semuanya hanya memikirkan periuk nasi masing2 tanpa memikirkan aper yang akan berlaku kepada anak cucu kita pada suatu hari nanti kalau melayu semakin berpecah dan semakin tunduk dengan tekanan bangsa lain.. apa akan jadi kepada bangsa melayu...

Benar kata Laksamana Hang Tuah, "takkan melayu hilang di dunia". tetapi dimanakah kedudukan melayu ketika itu.. gemilang ataupun tertindas.. lemas dan letih melihat bangsa sendiri berpecah belah dan semakin mundur setiap saat... tue tak termasuk segala masalah sosial orang2 melayu..merempit,lepak,dll.. dan tak termasuk belia melayu yang terkenal dengan sikap malas dan akalnya kurang "aktif".

Ntah aper lagi musibah yang akan menimpa kepada orang melayu Malaysia.. mungkin sampai menjadi melayu di tempat lain baru mereka hendak berubah.. sedarkah kita, kita telah dijajah lebih 500 tahun dan kini baru 52 tahun merdeka melayu rela dijajah bangsa lain tanah air sendiri? fikir2kan....


SEDIKIT NUKILAN SYAIR DARI KALIMANTAN BARAT UNTUK SEMUA:

KALAU KITA KUKUH BESATU,
BULATKAN SEPERTI BOLA BATU,
TIDAK MUDAH DITENDANG KESINI KESITU,
ALLAHUAKBAR, INSYA-ALLAH ALLAH MEMBANTU.

JANGAN KITA BERPECAH BELAH,
KALAU BERTANDING PASTI KALAH,
KALAU KEKOMPAKAN TERPILAH PILAH,
PELUANG TERBUKA MUSUH MENCARI CELAH.

KALAU KITA BERSATU PADU,
TIDAKLAH MUDAH UNTUK DIADU,
SEPERTI KEHIDUPAN LEBAH BERMADU,
MASYARAKATNYA AKUR SERBA TERPADU.

Sunday, June 7, 2009

RUMAH MELAYU KETAPANG







Sedikit Gambar Rumah Melayu Ketapang Yang Mungkin Boleh Menggamit Pandangan Kita Sebentar.....

Monday, May 18, 2009

INFO: APA ITU Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)?


Penubuhannya lebih 9 tahun dahulu adalah untuk menyatukan seluruh umat melayu di bawah satu bumbung (dari segi ekonomi, sosio budaya, belia,sains dan teknologi, teknologi maklumat, dakwah, wanita, pendidikan agama, dan pelancongan) dan kini ianya sudah mula menampakkan usahanya apabila pelbagai aktiviti serta perjumpaan diadakan sepanjang penubuhannya..


Terbaru pada bulan mei ini akan diadakan perjumpaan di antara seluruh warga anggota bagi membincangkan hala tuju baru masyarakat melayu khususnya di dalam pelbagai bidang.


Dengan adanya perjumpaan seperti ini pelbagai lagi usaha serta kegiatan yang akan dapat dirancang serta dijalankan dengan lebih baik dan sudah tentu akan dapat memberi menafaat kepada warga melayu pada tahun 2010 bagi melebarkan sayap dalam pelbagai bidang.

Tuesday, May 12, 2009

Gambar2 yang TerEdit
















nie skit2 gambar yang teredit oleh aku... huhu

Tuesday, April 28, 2009

Sabar..

Sabar merupakan satu sifat yang jarang tentangkita ada dalam diri.. kalau satu ketika dulu tentangkita susah nak bersabar serta bertenang apabila berhadapan dengan krisis hidup.. tapi kini Alhamdulillah... tentangkita lebih tenang dan mudah bersabar.. tentangkita bangga dengan pencapaian tentang kita nie.. walaupun mungkin x seberapa bagi sesetengah pihak tapi ia merupakan satu pencapaian terbaik yg pernah tentangkita dapat sepanjang hidup nie... Sememangnya banyak dugaan yang datang tanpa diundang dan diminta... dan kadangkala tentangkita merasakan seolah2 jantung mcm nak putus bile tahan marah dan perasaan.. walaupun tersenyum pahit hanya tuhan sahaja yang tahu...
Tapi apa2 pun sabar telah mengubah tentangkita ke satu fasa yang baru dan membantu tentangkita membuka mata dan hati dan memahami atas alasan apa yang membuatkan tentangkita bersabar.....

Tuesday, April 21, 2009

APA ITU CINTA?


C- cermin peribadi seseorang.. sesungguhnya cinta itu cermin peribadi seseorang..samada dia bertanggungjawab dengan dirinya dan kepada orang yang dicintainya.

I - ingin.. keinginan dicintai dan mencintai.. sesungguhnya tiada cinta seindah cinta Allah dan tentangkita sendiri kerap kali terlupa membalas cinta yang diberi oleh-Nya

N - niat yang kita ada dalam hati.. seringkali kita tersalah niat apa yang kita hendak dari cinta itu sendiri. Bolehkan kita 'demand' dengan cinta?

T- Tamak.. Kita sering tamak apabila bercinta. Tahu tak kita yang kita sememangnya berkongsi cinta sentiasa. Tamakkan cinta tentunya akan membawa luka dan lara dalam jiwa.

A - Allah.. Seagung2 cinta yang ada yang selalu buat aku sedar bahawa aku sering gagal dalam membuktikan cintaku padaNya.. sungguhpun begitu Dia tak pernah lupa mengingatkan aku tentang cintaNya pada ku... Dan kerana cintaNya aku masih berjuang dan bertahan di dunia ini..



Tenangkanlah aku dan jauhkan aku dari malapetaka serta fitnah yang dasyat... Amin ya Rabbal Alamin..

Monday, April 20, 2009

TERLUKA DAN MELUKAI

sepanjang hidup kita kita sendiri mungkin tak tahu berapa kali kita melukakan hati orang tua kita... kadangkala ianya berlaku di dlm kawalan dan banyak kali ianya berlaku di luar kawalan kita.. ntahlah.. tentangkita sendiri selalu merasakan yang tentangkita sering melakukan serta melukakan hati ibu dan ayah.. tentangkita selalu memikirkan macam mana nak menyenangkan kedua orang tua tentangkita.. tapi malangnya aper yang tentangkita buat untuk mengembirakan hati orang tua malangnya dan selalunya berakhir dengan adegan serta peristiwa yang menyakitkan hati... mungkin mmg tentangkita tak berapa disenangi kot ataupun mungkin tentangkita sememangnya "kambing hitam" dlm keluarga...

sedih.. dan tak tahu mcmana nak menggambarkan perasaan hati.. cuma apa yng tentangkita takutkan, tentangkita akan dianggap sebagai anak yang derhaka ataupun anak yang tak kenang budi orang tua... tentangkita selalu berpesan pada diri supaya lupakan segala sakit dihati... hanya itu jer yang boleh tentangkita buat untuk redakan hati tentangkita... dan tentangkita tahu hidup nie bukan hanya untuk kita jer.. so kita balik pada yang asal.. ingat pada Allah dan aper yang berlaku tu anggapkan sebagai satu perjalanan hidup..

so bila ingat camtu baru ati tentangkita tenang skit.. n tentangkita harap aper yang tentangkita buat sentiasa dilindungi serta dirahmatinya.... Amin

Sunday, April 5, 2009

Form RED to BLUE to RED

Pusing 50 tahun ke belakang
BUKIT GANTANG – Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abd Aziz Nik Mat menyifatkan pendekatan ‘Satu Malaysia’ yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah me:ngakui kesilapan UMNO: 50 tahun lepas. :Dengan pendekatan baru ini, katanya, jelas menunjukkan UMNO/Barisan Nasional (BN) akhirnya membuat pusingan ‘U’ 50 tahun ke belakang dan mengikut kehendak sebenar rakyat sekarang. :“Dengan ‘Satu Malaysia’ kali ini, jelas dahulu tidak ada satu Malaysia tetapi ada 3-4 Malaysia, ini adalah kerja UMNO dan kita tidak harus memaafkan mereka, tiada maaf bagimu wahai UMNO. :“Ini juga bukti UMNO-BN mengakui mereka dalam keadaan salah selama 50 tahun lepas,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana anjuran Pas di Kampung Tebuk, Trong malam kelmarin. :Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menegaskan pendirian Pas dalam memilih Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menjadi Kerajaan Pusat. :“Tidak kira Melayu, Cina atau India menjadi Perdana Menteri, apa yang paling penting adalah pemimpin tersebut kena berpaksikan Islam. :“Ini kerana jika Cina menjadi Perdana Menteri, Melayu marah, jika India menjadi Perdana Menteri, semua marah, oleh itu kita kena meng:iktiraf Islam sebagai tiang asas negara kerana Islam diturunkan oleh Allah SWT,” katanya. :Pada sidang media yang diadakan selepas itu, Nik Aziz menjelaskan beliau rasa bersyukur kepada Perdana Menteri yang baru kerana dibuka hatinya untuk membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). :“Pembebasan ini sudah lama didesak oleh PR tetapi kerajaan yang dikuasai UMNO-BN mengendahkan desakan kita selama ini. :“Selain itu setiap kali munculnya Perdana Menteri yang baru sudah tentu ada perkara baru yang menarik, contohnya Tun Mahathir (Mohamad) membawa pendekatan wawasan 2020, Tun Abdullah (Ahmad Badawi) pula membawa Islam Hadari,” katanya. :Selain itu, meng:ulas penarikan semula sekatan ke atas Harakah dan Suara Keadilan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejurus selepas Perdana Menteri baru dilantik, Nik Aziz menegaskan itu hanya bermotifkan politik semata-mata. :“Nampak sangat ini adalah keputusan terburu-buru oleh UMNO-BN dan sekarang mereka mengakui kesilapan mereka dan menarik balik sekatan tersebut. Akhirnya mereka menerima kehendak rakyat dan dengan berlangsungnya pilihan raya k:ecil di tiga kawasan, mereka (UMNO) terpaksa akur,” katanya.


Nie aper yang tentangkita punya pendapat plak...

Pendekatan yang dibawa ialah untuk menyatukan semua rakyat Malaysia dalam satu panji Malaysia... bukannya mengakui kesilapan yang berlaku selepas 50 tahun.. sekarang aper yang kita sering lihat bangsa kita terutamanya bangsa melayu sering berpecah serta bergaduh sesama sendiri.. aper yang tentang kita paham ngan mandat yang dibawa oleh perdana menteri yang baru ialah menjadikan bangsa malaysia menjadi bangsa yang kuat yang tidak hanya bertopengkan politik tetapi juga misi nasional yang pelu menjadi keutamaan dalam memangkin ekonomi serta sahsiah dan juga bangsa kita terutamanya melayu..

Melayu ari ni aper yang diperhatikan oleh tentangkita hari nie sanggup menentang serta derhaka kepada bangsa sendiri semata2 untuk kepentingan diri sendiri... Ape yang orang2 kita nie nak.. tentangkita pun tak tahu... huhu.. semua yang dibuat semuanya tak elok.. dipandang serong dan tak pernah disenangi oleh bangsa kita sendiri.... mcm dalam cite "embun" , umi aida kata.. hasad dengki, busuk hati memang permainan orang2 kita... bila baca statement dari surat kabar ari nie tentangkita rasa terguris.... "tokguru" yang tentangkita segani mengeluarkan statement ntah aper2... selama nie tentangkita ingatkan dia bercakap menggunakan ilmu... tapi rupenya tak.. huh!!!!.. ilang respek tentangkita kat dier nie... mungkin betul aper yang dikatakan dalam satu lagu nasyid yang pernah tentangkita dengar... Ulama Akhir Zaman lebih memandang dunia.. tabiatnya busuk bak bau bangkai... siapa terciumkan mati jiwanya.....

Monday, March 30, 2009

SApER ENsEM?


Tgk2lah.. sape ensem.. huhu..!!!

Sunday, March 29, 2009

InGaTkAn TaHU RuPenYA tAk?

Selalunya kira rasakan kita nie dah cukup bijak dan tahu ngan aper yang kita jumpe dan belajar sehari hari.. rupanya tak.. nie pengalaman tetangkita sendiri.. kelakar dan betul-betul menginsafkan... mengetahui yang sebenarnya kita terlalu kecil dan kecil dari yang Maha Kuasa..
Banyak kali tentangkita rasa yang banyak benda yang tentangkita tahu.. tapi bila kita cube dalami sesuatu ilmu tue.. barulah kita tahu yang ilmu kita tue terlalu kecil dan sebenarnya kita nie tak terror maner pun.. huk..huk..
Pengalaman ari nie dan menempuh pagi nie amat2 mencabar bagi tentangkita.. walaupun pada orang lain mungkin biasa.. tapi aper yang tentangkita belajar ari nie amat bermakna dan tentangkita tahu tuhan jadikan isteri tentangkita ialah yang Terbaik untuk tentangkita.. sedih tgk dia besedih masa tentangkita bermurung semalam.. huhu.. tentangkita bermurung pasal.. makin banyak tentangkita baca, makin bodoh rasa diri... hihihi.. tuhan sedarkan dengan satu cubaan yang Maha Dahsyat.. x pernah menggigil nak kena interview.. tapi kali nie betul2 punya.. huhu.. macam nak demam n xder mood... huh!!....
Tentang kita memang suka membaca.. tapi ntahlah tetiba confiden ilang bila rasa diri kerdil sangat... mcm bodo sangat.. n tak tahu aper2.. huhu... aper ar tentangkita nie kan?


p/s:
Pengajarannya... sentiasa pertingkatkan ilmu ibarat akan idup 1000 tahun lagi... n pertingkatkan amalam ibarat akan mati esok hari... Thank's to You ALLAH!!

Wednesday, March 25, 2009

MUKR!z..Kh!R..KhAi

Pelik rasa nya bile tgk TV malam td.. nak ketawa pun ader.. bukannya tak berpuas ati ngan keputusan yang dikeluarkan cume agak melucukan bagaimana orang yang dah tersabit salahnya menjadi pilihan ramai..


Tak berakal atau berperasaan ke sume pemilih? Pelik.. Kita sering mendengar laungan pembenterasan RASUAH... tapi hari ini menunjukkan orang yang kita pilih menjadi perwakilan kita sebagai suara akar umbi tak menjalankan tanggungjawab ikut isu semasa... huh!! memang betul kata Che Det...orang tuuut... mudah lupa... Negara sendiri dah nak tumbang dek gejala yang tak dapat dibendung.. sebagai pemerhati sedih rasa bila pemilihan dan perubahan yang diperkatakan hebat dalam media hanya sebagai mainan kata-kata dan janji manis... padahal perlaksanaannya kita tahu... ntah bile nak buat..mmm..


Tentangkita berasa sedikit duka dengan apa yang berlaku semalam... walaupun secara tidak langsung tak ganggu pun tentangkita.. tapi ape yang pasti, kesian kat pemuda melayu kerana terpaksa berkepalakan kepala yang penin dan bengkok.. ntah jalan lepas ni bleh lurus ker tak kita pun tak tahu.. yelah kepala dah sengetkan?.... bayangkan.........

Saturday, February 28, 2009

Surau oh Surau

Kita orang melaka selalunya gah dengan adanya pasaraya besar di melaka seperti tecso, giant, serta tidak ketinggalan.... dataran pahlawan.. yang menghairankan... pasaraya dataran pahlawan ini hanya memperuntukkan surau yang kecik serta jauh di dalam bangunan dataran pahlawan ini..

Harapan pendedahan ini bleh kita war2kan kepada pihak yang berwajib....




Lihatlah jauhnya surau kita di dataran pahlawan...


Ruang luar dah camni.. ruang dalam.. korang bayang2kan je ar....
sekiranya berminat utuk melawat.. sila datang ke surau lelaki yang terletak di nun jauh di belakang kedai2 yang terbiar di kawasan kraf tangan.....
Pihak2 yang berpeluang.. minta kerrjasama agar kemudahan ini dpt disediakan dengan sebaik mungkin bukan seperti melepaskan batuk di tangga.... khof...khof...
wasalam
blog.ttgkita

Wednesday, February 18, 2009

Chantek

Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa


Kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara
Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya


Chantek
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka
Di jiwaOh chantek
Sungguh aku cinta kamu


Dia..
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
Dia..
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka
Dia..
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa
Dia..
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
Dia..
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
Dia..
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah

Ayuh kita berumah tangga
Chantek…
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar

Chantek…
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka
Di jiwa…Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu


Aku..
Melihat kita bersama di hari tua
Dia..
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa
Kita bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau chantek dan mereka setuju


Chantek…
Sechantek suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar
Chantek…
Dirimu buat ku tertarik..
Menghilang segala prasangka
Di jiwa…Ohh chantek
Sungguh aku cinta kamu








aMiR & aNNe






Salam,

Pembuka tirai memulakan penulisan maya mengenai aku dan dia.. kisah kami sememangnya luar biasa, dari perkenalan hingga berumah tangga.. mungkin tak ramai yang dapat merasai pengalaman yang aku ada sepanjang bersama dengan isteriku yang tercinta, Jorenna Binti Abd Rahman...

Menyingkap bibit pertemuan kala aku hari pertama aku memulakan langkah di tempat kerja baruku di Melaka.. Selepas mengharungi arus kota Kuala Lumpur yang penuh dengan tipu serta perangkap aku kembali ke Melaka dengan 1001 harapan.. agar aku menjadi insan yang tahu menghormati serta memahami apa itu norma kekeluargaan, persahabatan serta cinta yang abadi... dari diriku mahupun dari orang disekelilingku...

Pertama kali terpandang, telah terdetik hatiku untuk lebih mengenalinya.. dan mendekatinya.. benar kata orang, jika itu jodoh kita, kita akan merasa dekat dan mesra dengannya..


Hanya sebagai "teman tapi mesra" telah membibitkan perasaan di antara kami.. walaupun masih baru serta muda dari umur perkenalan akan tetapi keserasian yang tak dapat digambarkan mula terasa... persahabatan kepada kawan rapat dan tanpa meluahkan kata -kata "declaration" couple seperti pasangan bercinta lain kami terus rapat hingga ke peringkat seterusnya perhubungan kami...

Aneh tetapi benar.. itu yang dapat digambarkan dengan perhubungan kami... pergaduhan serta salah faham sentiasa terjadi... tetapi yang anehnya kami menjadi semakin rapat dan mula menerima di antara satu sama lain... hingga membawa ke alam perkahwinan..
Sederhana.. itu yang boleh aku gambarkan di majlis kami... namun begitu aku bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada semua yang terlibat dengan majlis kami...

Dia yang ku impikan menjadi milik ku... dan aku bersyukur kerana aku ada dia..